Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Asalamualaikum
Salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua anak pinak kawan karib,sahabat handai ,teman taulan serta pengujung Leman ini ,begitulah ungkapan setiap kali sasudah berakhirnya dan permulaanya tapi kita pasti setiap yang bermula akan ada tempohnya.
Alhamdulillah
kita dapat lagi meneruskan hidup yang pastinya perjananan masih jauh dan akan terus mengatur langkah memburu dunia jambatan keakhirat tapi jangan kita sesekali terpedaya perkukuhkan tauhid (akidah) sememangnya kita adalah insan pilihan yang membataskan antara yang halal dan haram,serta dapat membezakan diantara keinginan dan kehendak adakalanya kita tidak mencapai apa yang dinginkan.
Setiap kali tahun baru bermulalah bermacam macam azam dan cita cita begitulah sokmo azam lebih usaha kurang hasil tak menjadi jarang kita dengar usaha sikit hasil lumayang,kita bukan wali hanya manusia biasa yang perlu bantuan dan mengharapkan safaat (pertolongan)olih itu teruskan berusaha mencari supaya bertambah dan menuntut agar lebih mengetahui(alim) serta beramal bertambah warak.
Akhir kalam kata kata adakala berakhir begitu saja tidak berbekas kalu tidak berterusan(istiqamah) tapi semangat juang kita tidak begitu ......apa pun berpesan pesan kapada yang makruf dan cegah yang mungkar dituntut.
wasalam ...
bbr mache.

Thursday, December 17, 2009

SALAM HIJRIAH 1431

Selamat menyambut awal muharam tanda bermulanya hijrahtul Rasul peristiwa mengingatkan kita akan satu perjuangan manusia agong bernama Muhammad bin Abdullah.Salam ayah&mama kpd semua anak anak yang jauh dan dekat samoga kita bersama mendapat mardatilleh dan berada di bawah lambayung naunganya sepanjang masa,inssallah.Teruskan perjuangan masing masing kerana masa depan yang gemilang bukan mainan mimpi mungkin anak anak belum mengerti akan sabuah kehidupan yang pastinya menuntut banyak pengorbanan sebabnya perjuanganmu masih jauh dan menuntut banyak kesabaran ayah&mama sentiasa mendoakan kalian agar banyak bersabar bila menghadapi kesulitan, ujian demi ujian mematang akan kedewasaanmu.
Kalian semua jangan lupa akan yang maha Esa sedari tak? perjanjian kita ketika di alam rahim (roh) Qalallah ; alastu birabikun .Allah hurrabi,junjunglah bawalah perintah allah dan rasul serta hurmati guru guru dan mereka yang lebih arif, jauhkan perkara perkara dan amalan yang ditegah nascaya perjalanan hidupmu berkat.
Sekali lagi selamat menyambut maal hijrah1431 ketemu lagi di alam maya (siber)
ayahda&bonda......

ayahda&bonda......

Friday, December 11, 2009

Gelagat Musim berkhatan

Cuti sekolah peghujung disember 2009 baru beberapa hari berlalu ,ceritanya berkisar kisah anak anak saorang ustaz muda beliau menetap di taman kantan permai Kajang Selangor.Saperti biasanya anak anak lelaki menjadi kewajibpan bapa berkhatan atau bersunat cerita begini menjadi bualan hangat kanak kanak bila tiba cuti panjang persekolahan,tapi lain ceritanya bagi anak anak ust muda ini sebut pasal berkhatan mereka dua beradek ini sangat berminat bila diberitahu tentang kemestian kanak kanak lelaki tidak dapat tidak akan melaluinya pada pengamatan ustaz kedua dua anaknya sudah memahami dan tidak pun nampak tanda tanda ketakutan bahkan mereka ingin sekali menjalaninya tidak sabar sabar lagi bersemangat menunggu harinya.Tanggal 30disember lalu tibalah harinya yang dinanti nanti kedua beradek ini menjalani proses berkhatan di sabuah klinik swasta dikampongnya di kelantan,panggilan pertama sedang menjalani suntikan pelali penahan kesakitan, sebaik saja suntikan jarum kedua kedengaran suara tangisan yang amat kuat dari dalam bilik doktor menarik perhatian kanak kanak dan ibubapa yang berada didalam klinik menunggu giliran masing masing menyebabkan keempat empat kanak kanak yang sedang menunggu giliran lari saorang demi saorang menghilangkan diri dengan berbagai asalan, ibubapa dan doktor menjadi serba salah dalam kedaan cemas mengawal dan memujuk anak anak masing masing suasana klinik menjadi hingar bangar bertukar acara pagi ini.Itulah ceritanya kelima lima tak jadi bersunat doktor mengeleng geleng kepala .Rugi lagi...berniaga.

Thursday, December 10, 2009

MENCARI CAHAYA ILAHI

KUNCI KEMURAHAN REZEKI

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”HuraianPengajaran Hadis:

i)
Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)

ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.

iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.

iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.

Tujuh Golongan Insan Contoh

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

HuraianPengajaran hadis:

i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Mengukur Tahap Kecintaan Terhadap Rasulullah

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”

Huraian

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekelian makhluk di dunia ini.

2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.

3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.

4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.

Wednesday, December 9, 2009

Murtad : Jangan Dipandang Sepi

Alhamdulillah. Dapat lagi menghirup nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Dua nikmat yang cukup besar dianugerahkan Allah kepada kita. Di kala ada dalam kalangan manusia saat ini masih lagi tercari-cari siapa pencipta mereka, kita terlebih dulu mengecapi nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, syukur. Moga Allah memandu jalan bagi mereka yang mencariNya.

Mendengar kuliah Maghrib pada malam ini cukup menggusarkan hatiku. Antara lain pengisiannya adalah berkenaan gejala murtad dalam kalangan remaja pada masa kini. Pendedahan demi pendedahan yang dibongkarkan oleh ustaz amat megejutkan para pendengar. Apa tidaknya saban tahun demi tahun gejala keluar agama ini bukan makin berkurangan bahkan kian meningkat.

Lebih mengejutkan kita adalah mereka yang mutad bukan daripada kalangan orang yang tak tahu perihal solat, pahala dan dosa, syurga mahupun neraka tetapi daripada mereka yang celik agama. Lahirnya Islam. Dibesarkan dalam suasana Islam. Ibu bapanya orang yang faham Islam. Namun sampai satu ketika boleh terpacul di bibir mereka untuk keluar daripada Islam. Nau'zubillah.

Sedih mengenangkan apa yang berlaku kepada para remaja kita pada hari ini. Golongan mahasiswa khususnya. Mereka adalah sasaran utama para missionary Kristian. Modus operandinya sangat mudah. Jerat mereka adalah cinta. Cinta merubah segala-galanya. Demi cinta sanggup digadaikan maruah dan agama. Demi cinta sanggup berpisah keluarga. Justeru, para mahasiswa sekalian, berhati-hati dengan jerat cinta dengan mereka yang bukan Islam ini.

Hakikatnya gerakan missionary Kristian ini telah lama berjalan. Samada kita sedar ataupun tidak mereka akan terus berusaha untuk menyesatkan anak muda Islam khususnya. Ya, mungkin dalam kalangan kita ada yang berkata tak mungkin aku atau sanak saudaraku boleh terjebak dalam kes sebegini. Tak perlu khuatir. Soalnya, siapa yang boleh jamin? Mungkin hari ini tiada kes murtad berlaku di tempat kita tapi esok lusa macam mana. Ingatlah firman Allah yang bemaksud, "tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani ke atas kamu sehingga kamu mengikuti ajaran mereka".

Justeru, betapa pentingnya kita bersyukur atas nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi selama ini. Sedarlah berapa ramai manusia yang masih lagi mencari-cari Tuhan mereka. Peliharalah Islammu sebaiknya. Jangan biarkan seorang pun daripada kita terjerat dengan rancangan musuh Islam ini. Dan ingatlah tatkala Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"-mafhum ayat 132 surah Al-Baqarah.

Tuesday, December 8, 2009

kejadian samun batteri kereta dikg tenggayong

Ahad 6disember dua orang pemuda yang tidak dikenali dibelasah olih sakumpulan belia atas sebab sebab kecurian sabiji beteri kereta dikg tenggayong yg mana drama kejar mengejar sabuah kereta dinaiki dua orang pemuda yang disyaki lari dan dihalang olih sabuah pick up hilux disimpang tiga alor bakat dekat pondok mahligai saorang dapat melarikan diri dalam keadaan kelam kabut ,diketahui orang kg mahligai juga turut membelasah mangsa bagai mengila penulis dimaklumkan.

ust Arman Jordan

Berita terbaru dari jordan melalui saluran yang boleh disahkan ustaz Arman MSD berada dalam keadaan nazak dihospital Aman sesiapa yang mengenali beliau tolong sebarkan berita ini kapada sahabat kenalan dimana mana saja dan sama sama berdoa samoga keluarga beliau berolih ketenangan dalam menghadapi situasi sebagini inssa allah

Saturday, December 5, 2009

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum. Selamat datang kepada para pengunjung laman maya ini. Semoga kedatangan kalian memeriahkan lagi laman ini.